PEMUDA KEADILAN ANJUR KEMPEN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PEMUDA KEADILAN ANJUR KEMPEN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

BULAN PATRIOTIK-NYAH KAMU PEMIMPIN ZALIM

Pemuda keADILan Negeri Sembilan pada 9 Ogos (Khamis) telah melancarkan satu kempen sambutan bulan kemerdekaan membuktikan bahawa pemuda keADILan merupakan pemuda yang cintakan negara Malaysia. Pelancaran malam itu yang bertempat di Pejabat Keadilan Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Sdr. Zahid Md Arif (Setiusaha Pemuda Keadilan Nasional).

Pemuda keADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pemuda BA akan mengadakan perbagai aktiviti yang menyedarkan masyarakat khususnya pemuda betapa pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara danmenanamkan semangat cintakan negara Malaysia. Selama ini kita sering dipesongkan dengan fakta salah semangat patriotik iaitu sentiasa mengiakan dan menyokong Rejim Mahathir, bendera Malaysia bukan hak Barisan Nasional dan Dr. Mahathir.

Sdr. Badrul Hisham selaku penyelaras program menyatakan “ Kita sering terkeliru bahawa sesiapa yang menentang Barisan Nasional ialah orang yang menentang kerajaan seterusnya golongan ini dilabel mengkhianati negara dengan melancarkan kempen ini berhasrat membetulkan fakta ini. Yang membentuk kerajaan ialah rakyat sendiri yang ditentang ialah parti politik yang korup dan memeras wang rakyat iaitu B.Nasional. B.Nasional tidak harus dibiarkan mengila menindas rakyat miskin dan mengkayakan golongan elit ini dibuktikan dengan bail out yang makin berluasa sekarang sedangkan banyak lagi rakyat yang menderita.”

“Kesedaran bahawa kemerdekaan negara kita kian terancam kerana pencabulan perlembagaan iaitu dokumen suci yang satu masa dahulu telah dipersetujui oleh semua bangsa Malaysia untuk menjadi tungjang negara telah dinodai. Lantas rakyat khususnya pemuda perlu bangkit mempertahankan kemerdekaan negara. ISA menjadikan negara menjadi seperti dibawah pemerintahan kuku besi. Pemuda perlu muncul untuk sama menyumbang idea memajukan negara. Tema program ini iaitu Nyah kamu pengkhianat negara membawa erti mendalam iaitu musuh utama negara sekarang ialah rasuah, amalan kronisma dan kezaliman dan mereka tersebut harus dinyahkan dari muka bumi Malaysia.”

Ketika ditanya mengenai kes beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah majesteret jelebu dengan pertuduhan ceramah tanpa permit 16 ogos lalu bersama YB Md Sabu, beliau berkata “ Itu  tangkapan kali kedua setelah saya berseluar dalam di malam raya di lokap Dang Wangi dan umpama menambah rempah ratus dalam perjuangan. Baru-baru saya ditangkap ketika mengajar satu suntikan baru dalam perjuangan dan yang penting lawan tetap lawan. Saya bersedia menghadapi apa jua tindakan dari majikan selain dari tindakan mahkamah. Sokongan semua khususnya keluarga dan teman memberikan semangat dan saya bukan ditangkap kerana rasuah , merompak atau benda jahat. Saya ditahan kerana perjuangan menyatakan kebenaran, keadilan dan mempertahankan bangsa agama dan negara. Saya tidak kisah apa jua halangan kerana saya tidak perlu gentar selagi saya percaya Allah itu maha kuasa”

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini ialah 8 Ogos-8.45 malam Pra Pelancaran (Pejabat keADILan N.Sembilan), 9 Ogos-9 malam Pelancaran (Pejabat keADILan N.Sembilan), 11 Ogos 9 malam Seminar “Ekonomi Malaysia makin Nazak ?” (Pejabat keADILan N.Sembilan)- 12 Ogos Konvoi ke Sg Buluh sempena Harijadi Negarawan DSAI 7.30 bertolak dari hadapan pejabat keadilan negeri. 15 Ogos-9 malam Seminar Halatuju Pendidikan Malaysia (Pejabat keADILan N.Sembilan), 19 Ogos-9 pagi Motivasi Peperiksaan UPSR / PMR / SPM (Pejabat keADILan Bahagian Rasah),  19 Ogos – 9 malam Pelancaran “Kibarkan bendera kita” (Pejabat keADILan N.Sembilan), 15 Ogos – 9 malam “Adakah kita tidak patriotik?” (Pejabat keADILan Bahagian K.Pilah), 23 Ogos – 8 pagi “Bersama YB Md Sabu di Mahkamah majesteret Jelebu”, 23 Ogos – 8.45 malam “Siapa Pengkianat Negara?” (Pejabat keADILan N.Sembilan), 24 Ogos – 8.45 malam  Forum “Melayu Mudah Lupa ?” (Tmn.Bukit Chedang), 25 Ogos –8.45 malam Forum “ISA satu langkah kebelakang” (Pejabat keADILan N.Sembilan), 26 Ogos – 8.45 malam  forum “ Malaysia milik kita bersama” (Pejabat keADILan Site ‘C Lukut), 29 Ogos – 8.45 malam Seminar “pemuda harus sedar-pertahankan kemerdekaan negara!”  (Pejabat keADILan N.Sembilan) dan pada 30 dan 31 hb kami akan mengadakan satu acara besar-besaran yang akan kami umumkan apabila tiba masanya nanti. Setiap program menjemput perbagai tokoh tanahair termasuk tokoh politik, tokoh pendidikan, tokoh sejarah, pejuang masa lampau selain dari pemimpin-pemimpin BA sendiri. Semua program terbuka buat penyokong hadirlah untuk mendapatkan input terkini .